السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل مُحَمَّدٍ
Surah : Al – Fajr
Ayat : 6 sehingga 13
Allah SWT berfirman:
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ
“(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 6)
Allah SWT berfirman:
إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ
“Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 7)
Allah SWT berfirman:
الَّتِى لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِى الْبِلٰدِ
“Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 8)
Allah SWT berfirman:
وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ
“Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 9)
Allah SWT berfirman:
وَفِرْعَوْنَ ذِى الْأَوْتَادِ
“Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 10)
Allah SWT berfirman:
الَّذِينَ طَغَوْا فِى الْبِلٰدِ
“(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 11)
Allah SWT berfirman:
فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ
“Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 12)
Allah SWT berfirman:
فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ
“Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 13)

