
Solat.
SOLAT TEPI JALAN
SOALAN :
Apakah hukum sembahyang ditepi jalan kerana berlaku baru-baru ini pemandu di lebuh raya berhenti sembahyang di tepi jalan?
JAWAPAN :
Hukum sembahyang di tepi jalan jika bersih tempat tersebut dan tidak mengganggu khusyuknya maka hukumnya adalah harus sekalipun sembahyang ia di atas tanah atau rumput.
Telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah r.a. Rasulullah saw bersabda :
ุฃูุนูุทููุชู ุฎูู ูุณูุง ููู ููุนูุทูููููู ุฃูุญูุฏู ููุจูููู.. ููุฌูุนูููุชู ููู ุงูุฃูุฑูุถู ู ูุณูุฌูุฏูุง ููุทููููุฑูุงู ููุฅูู ุง ุฑุฌู ู ููู ุฃูู ููุชูู ุฃูุฏูุฑูููุชููู ุงูุตููููุงุฉู ููููููุตูููู
Artinya : โTelah diberikan akan daku lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang pun sebelum aku yaitu antaranya ialah dijadikan bagi aku bumi ini tempat sembahyang yang suci. Maka siapa sahaja yang mendapat waktu sembahyang telah masuk maka sembahyanglah.โ (Hadith Imam Bukhari)
Tetapi jika sembahyang ia pada tempat yang dilalui oleh orang sehingga tersekat orang dari melaluinya maka hukumnya adalah makruh dan boleh dihalang dan jika ada padanya najis yang bersentuh dengan badan dan pakaian orang yang sembahyang maka sembahyangnya tidak sah.
Dan begitu juga makruh jika tidak khusyuk ia disebabkan ramai yang lalu di situ atau khuatir ia akan keselamatan dirinya.
Akan tetapi jika sembahyang pada tempat yang merbahaya sekira-kira mungkin dilanggar oleh kenderaan yang menyebabkan kematian atau kecederaan maka hukumnya adalah haram sembahyang di tempat tersebut.
Berkata Imam Nawawi :
ููุง ูุตูู ูู ูุงุฑุนุฉ ุงูุทุฑูู ูุญุฏูุซ ุนู ุฑ ุฑุถู ุงููู ุนูู “ุณุจุน ู ูุงุทู ูุงุชุฌูุฒ ูููุง ุงูุตูุงุฉ ูุฐูุฑ ูุงุฑุนุฉ ุงูุทุฑูู” ููุฃูู ูู ูุน ุงููุงุณ ู ู ุงูู ู ุฑ ููููุทุน ุฎุดูุนู ุจู ู ุฑ ุงููุงุณ ูุฅู ุตูู ูููุง ุตุญุช ุตูุงุชู ูุฃู ุงูู ูุน ูุชุฑู ุงูุฎุดูุน ุฃู ูู ูุน ุงููุงุณ ู ู ุงูุทุฑูู ูุฐูู ูุง ููุฌุจ ุจุทูุงู ุงูุตูุงุฉ
Artinya : โDan tiada sembahyang pada jalan orang ramai kerana hadith Umar r.a. : Tujuh tempat yang tidak dibenarkan sembahyang padanya dan menyebut beliau akan jalan orang ramai kerana sungguhnya ia menghalang manusia dari melaluinya dan terputus khusyuknya dengan sebab lalu lalang orang ramai. Maka jika sembahyang ia padanya nescaya sah solatnya kerana larangan pada bab ini adalah kerana menghilangkang khusyuk dan menghalang laluan orang. Dan yang demikian itu tidaklah sampai membatalkan sembahyang.โ (Kitab Al-Majmuโ)
Maka diketahui di sini bahawa sembahyang di tepi jalan yang ada orang ramai lalu lalang berdekatannya adalah makruh sekali pun sah kerana terganggu kehadiran hatinya di dalam sembahyang sekali pun tidak menghalang orang yang lalu maka sebaiknya dia beredar jauh sedikit dari jalan supaya tenang hatinya di dalam sembahyangnya itu.
Ada pun jika menghalang orang yang lalu maka terlebih lagi makruh dan dilarang maka sebaiknya hendaklah dia tidak sembahyang di situ jika di situ tempat orang ramai lalu lalang.
Tetapi hukum ini ialah apabila tidak ada padanya sebarang uzur.
Ada pun jika ada padanya uzur misalnya sebab masa telah sempit dan tidak dapat berhenti di masjid sebab sesak atau atau tidak dapat melakukan jamak kerana perjalanannya tidak sampai dua marhalah atau umpamanya maka hukum sembahyang di tepi jalan ini adalah harus.
wallahuaโlam
ustaz azhar idrus
PLA
Mohon Sebarkan
Adakah pendatang asing berbangsa cina yg masuk dan hilang tidak dapat dikesan adalah dari kalangan pihak tentera People Liberation Army. Presiden Trump menyuruh Indonesia, Malaysia dan Singapore perlu berhati-hati. Apakah org politik Malaysia ini sedar atau tidak bahawasanya api peperangan antara Amerika & China telah bermula. Negara China begitu Agresif di laut china selatan. Kedutaan Amerika di China diarah tutup, begitu juga kedutaan China di Amerika juga telah ditutup, tidakkah ini menunjukkan tanda.
Jadi wahai bangsa Melayu di Tanah Melayu, apakah kita telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan..perang boleh berlaku yg menjurus kpd peperangan dunia ke 3 (Perang Malhamah Qubro) di mana umat islam akan berperang dengan manusia bermata sepet berhidung kemek seperti hadis akhir zaman yg telah disebutkan oleh Rasulullah.
Saat dunia dan negara asyik memerhati kesan geopolitik antara Amerika & China dan apa yg bakal berlaku, dikhuatiri Covid 19 dan semua negara yg lock down terutama PKP di Malaysia adalah jerat dari strategi perang asing supaya pemerintah Malaysia dari parti politik memberi tumpuan pada PKP semata, dan org politik hanya sibuk merebut kuasa. Apakah pentas peperangan akan bermula di Laut China Selatan dan akan memecahbelahkan kedaulatan negara dimana potensi negara di jajah semula boleh berlaku. Negara Autonomi Hong Kong , Taiwan telah ditekan hebat oleh China, peperangan kecil di sempadan terhadap India oleh China telah bermula, Amerika kini mula bertindak.
Saya terpanggil memohon pihak bertanggungjawab agar mula memberi tumpuan kepada keadaan pada masa ini. Negara jiran Indonesia kini telah mula menggerakkan anti komunis didalam negara mereka, di Malaysia pula kita berharap sesuatu dapat dilakukan terutama mengesan ratusan ribu pendatang asing China yg hilang didalam negara yg berkemungkinan mereka adalah tentera liberasi china (komunis) yg telah dihantar beramai ramai didalam Malaysia sebelum peperangan sebenar bermula.
Saya menyeru semua rakyat Malaysia dan pihak bertanggungjawab untuk mula meneliti, mengikuti perkembangan perkara ini. Banyak didalam media sosial berita berita berkaitan ini. Di Malaysia ada tidak perbincangan mengenai perkara ini diperingkat pemerintah ?
Jika sayang negara , utk perjuangkan Agama,Bangsa dan negara, mohon sebarkan mesej ini.. ๐๐๐
Join WhatsApp group.
PAS.
Utusan dedah cita-cita perjuangan Presiden PAS
UTUSAN Malaysia memuatkan bahagian pertama wawancara eksklusifnya dengan Presiden PAS, Datoโ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam keluarannya hari ini, Isnin 3 Ogos 2020. Wawancara yang padat dengan isu-isu politik semasa itu meluahkan isi hati dan pendirian politik seorang pemimpin parti politik Islam terbesar dalam negara dengan keahlian mencecah 1 juta orang ahli berdaftar.
Tuan Guru seperti biasa berbicara secara jujur dan terbuka kerana begitulah sikapnya sebagai seorang pemimpin politik selama ini. Sebagai seorang ulamak dan sarjana Islam, berbekal dan berpandukan ilmu politik Islam dan pengalaman yang cukup luas, beliau sangat mengambil berat memastikan langkah politik PAS parti yang dipimpinnya tidak lari dari jejak dan tauladan yang ditinggal junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para Sahabat Baginda.
Beliau menterjemahkan pengalaman silam untuk dipadankan dengan suasana semasa tanpa kompromi bab prinsip dan dasar, bagi menawarkan penyelesaian politik Islam kontemporari demi membawa keluar negara dan rakyat dari kemelut tidak menentu ke arah penyelesaian Islam yang sempurna dan meyakinkan.
Tugasnya bukan mudah, tiada pemimpin politik Islam seumpamanya yang pernah berjaya, tetapi berdasarkan suasana politik semasa ternyata Tuan Guru sedang dan bakal merintis jalan kejayaan kiranya gagasan beliau dapat diterima semua.
Hari ini Tuan Guru memimpin PAS dan duduk dengan rakan-rakan lain sebagai blok parti pemerintah di peringkat Persekutuan.
Tiada agenda lain yang dikemukakannya selain politik perpaduan Islam, politik kembali bersatu di bawah naungan al Quran, yang ia bawa dengan penuh komitmen dan konsisten sejak menerajui parti ini setelah mengambil alih kepimpinannya dari Almarhum Ustaz Datoโ Fadzil Nor selepas Almarhum meninggal dunia Julai 2002.
Pasca PRU14, kuasa politik Melayu yang merupakan majoriti penduduk dalam negara ternyata menguncup setelah parti-parti Melayu bertanding sesama sendiri, akibatnya blok pembangkang Pakatan Harapan telah menang dengan didominasi parti DAP, parti yang tiada agenda perjuangan politik Melayu Islam di dalam kamus politiknya.
Umno dan PAS, dua buah parti Melayu-Islam terbesar dalam negara gagal menguasai Putrajaya kerana undi Melayu berpecah dalam PRU berkenaan. Mujur walaupun kalah atas kesedaran dan inisiatif bersama, pemimpin-pemimpin dua buah parti ini dipimpin Datoโ Seri Zahid Hamidi, Presiden Umno dan Tuan Guru sendiri akhirnya bersetuju berdamai, kembali kepada formula Islam, mengenepikan segala perselisihan dan perbalahan yang lampau, bermuafakat demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
September 2019, termeterailah buat pertama kali dalam sejarah Malaysia Merdeka, Piagam Muafakat Nasional yang menyatukan gerak langkah PAS dan Umno.
Dalam pada itu dengan takdir Allah S.W.T, Kerajaan PH yang menang dalam PRU14 itu roboh apabila Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan. Dan dalam ketiadaan kerajaan, Yang di-Pertuan Agong telah memilih Tan Sri Muhyiddin Yasin dari parti BERSATU untuk menjadi PM ke-8.
Muhyiddin telah mensuakan tangan persahabatan pada PAS dan Umno serta BN untuk membentuk kerajaan baru bersama BERSATU dan GBS dari Sabah serta GPS dari Sarawak. Demi kepentingan negara dan kestabilan PAS dan Umno bersetuju lalu terbentuklah kerajaan Perikatan Nasional yang baru menggantikan PH yang telah roboh.
Tuan Guru bukan seorang ahli politik yang mahu menangguk di air keruh, yang gilakan jawatan dan pangkat tanpa mengira kesannya kepada agama, bangsa dan negara.
Beliau terus berpegang pada kepercayaan bahawa negara hanya akan stabil dan peroleh barkah dari Allah S.W.T kiranya kuasa politik Islam disatukan, tanpa berpecah-pecah, berbalah atau berseteru sebaliknya bermuafakat dan bersatu menjunjung titah perintah-Nya.
Sebagaimana ditegaskannya dalam wawancara ini bahawa kaum yang dominan yakkni Melayu-Islam perlu menerajui tunggak negara dan hanya apabila ini berlaku rakyat jelata dan masyarakat majmuk dapat memperolehi keamanan dan keadilan. Syaratnya penyatuan Melayu Islam mesti ditegakkan.
Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional telah meneroka jalan penyatuan ini sehingga lahirnya piagam Muafakat Nasional, kini hadir pula BERSATU pimpinan Muhyiddin dan blok Datoโ Seri Azmin Ali yang meninggalkan PKR mahu berkerjasama.
Tuan Guru tidak berdolak-dalik sebaliknya berterus terang bahawa permuafakatan yang telah sedia ada antara PAS dan Umno perlulah diperluaskan lagi untuk menerima BERSATU dan rakan-rakan baru yang lain, yang bakal mengukuh dan memperteguhkan lagi kuasa politik Melayu Islam dan Bumiputera.
Jalan yang mahu ditempuh Tuan Guru ini bukannya mudah, kerana kita sedar Umno dan BERSATU punya sejarah gelap mereka, namun apalah sangat berbanding sejarah perbalahan antara Umno dan PAS sebelum ini yang lebih pahit berdekad-dekad lamanya.
Sesungguhnya jalan ini adalah jalan mereka yang berjiwa besar, jalan mereka yang berpolitik matang, jalan mereka yang berhati mulia, jalan mereka yang berpandangan jauh, yang jika ditempuh akan melahirkan nikmat persaudaraan kurniaan Allah S.W.T sebagaimana yang pernah berjaya dirasai oleh Rasulullah S.A.W dan para Sahabat Baginda, ianya janji Allah S.W.T.
Laluan ini mungkin kelihatan sukar tetapi ia tidak mustahil dengan syarat semua pemimpin Melayu-Islam Bumiputera mesti bersatu hati dengan satu cita-cita.
Kerana itu dalam wawancara ini Tuan Guru menyatakan kepimpinan parti-parti ini perlu dibawa duduk bersama, digabungkan, tentukan hala tuju bersama dan kemudian turun ke bawah memastikan penyokong masing-masing bersama dalam agenda politik baru yang besar ini.
PAS dan Umno sahaja tidak cukup kuat kata Tuan Guru, jika dicampur BERSATU dan blok Azmin ianya akan menjadi semakin kukuh dan dari situ akan berjaya membawa kejayaan yang lebih meyakinkan buat semua. Pasti musuh akan goyang dan gentar kiranya persepakatan ini berjaya.
Tuan Guru begitu optimistik Umno dan BERSATU akan bersama-sama dalam perjuangan ini, dan jika ia berjaya diusaha dan dibina maka sejarah akan sekali lagi tercipta bila mana kuasa-kuasa politik Islam boleh bernaung dan bersatu atas nama perpaduan, ia sukar diusahakan di negara-negara Islam yang lain tetapi tidak mustahil akan berjaya di sini yang nanti sudah pasti menjadi contoh buat dunia.
Itulah harapan Tuan Guru, itulah harapan PAS dan saya percaya itulah kehendak umat Melayu-Islam dan Bumiputera dalam negara. Marilah sama-sama kita mendukung dan menjayakannya.
Tajuk wawancara Utusan Malaysia ini berbunyi โUntung rugi PAS tak timbulโ demikianlah bila permuafakatan berjaya dibentuk tiada yang rugi hakikatnya semua untung dan yang pastinya ummah akan kembali gemilang.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR โ HARAKAHDAILY 3/8/2020
copy
Robin Wong. โ Alhamdullilah.
Fuku tube. โ In Shaa Allah.
Binasa.
ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
ุงูููููููู
ูู ุตูููู ูุนูู ู
ูุญูู
ููุฏู ูู ุนูููู ุขูู ู
ูุญูู
ููุฏู
Surah : Al – Fajr
Ayat : 6 sehingga 13
Allah SWT berfirman:
ุฃูููู
ู ุชูุฑู ูููููู ููุนููู ุฑูุจูููู ุจูุนูุงุฏู
“(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 6)
Allah SWT berfirman:
ุฅูุฑูู
ู ุฐูุงุชู ุงููุนูู
ูุงุฏู
“Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 7)
Allah SWT berfirman:
ุงูููุชูู ููู
ู ููุฎููููู ู
ูุซูููููุง ููู ุงููุจูููฐุฏู
“Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 8)
Allah SWT berfirman:
ููุซูู
ููุฏู ุงูููุฐูููู ุฌูุงุจููุง ุงูุตููุฎูุฑู ุจูุงููููุงุฏู
“Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 9)
Allah SWT berfirman:
ููููุฑูุนููููู ุฐูู ุงููุฃูููุชูุงุฏู
“Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 10)
Allah SWT berfirman:
ุงูููุฐูููู ุทูุบูููุง ููู ุงููุจูููฐุฏู
“(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 11)
Allah SWT berfirman:
ููุฃูููุซูุฑููุง ูููููุง ุงููููุณูุงุฏู
“Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 12)
Allah SWT berfirman:
ููุตูุจูู ุนูููููููู
ู ุฑูุจูููู ุณูููุทู ุนูุฐูุงุจู
“Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;”
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 13)




